Tuesday, August 25, 2009

Menyambut Puasa Di Lenggong

Lama rasanyer tak update en3. Bukan takde citer nak update, tapi masa jadik penghalangnya. ewah...dah salahkan masa pulak, diri sendiri yang tak pandai bahagi kan masa..;))

Minggu lepas asben dah berura2 dia cakap terasa nak balik kampung ler. so that's mean die windu ler nk balik n memang kene balik ler..heheh saya on jer balik memana pun tak kisah...tapi asalkan sini balik n sana pun balik. tapi memang dah lama gak rasanyer tak balik perak nih. so saya pun bagi idea balik malam lepas kerja (21/8/09), so dapat puasa first kat kampung (sebab biasa balik pagi sabtu). so mlm tu dlm 9.30 kiteorg bertolak dari batu caves, n lucky my doter n my son tido jer sepanjang jalan. sampai kampung pukul 12.30 mlm. sampai jer, nampak mak, abah, opah n adik bongsu tgh sembang kat luar. Dalam 45 minutes, adik yang ketiga plak sampai dr Kl, pastu 15 minutes kemudian adik yg kedua plak sampai. besh gak berkumpul ramai2.

pukul 5 pagi, bangun sahur dan merupakn ari pertama menyambut puasa pada tahun ni. tak terlambat rasanyer, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA UMAT ISLAM.

Sabtu - bangun pagi, rasa segar jer..rasa duduk kampung berbeza betul udara kat Kl tuh..penuh ngan jerebu samapai berbau. biler duk kampung ni, rasa nyaman jer. tapi sini asyik ujan jer sejuk jer. so mata pun kalau dilayan nih, mau terus tutup. pukul 3, asben ajak jalan2 pegi muzium arkeologi. sampai kat sana, bagi saya not bad ler..multimedia presentation die superb jugak tau. bahan2 artifak kat sana memang ok ler takde ler sampai sana macam mengecewakan. Di sini ler perak man di temui.

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung RuntuhBukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut. terletak di

Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.

Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.

Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.

Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 154cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok.

Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.

Perak Woman pula telah ditemui pada 2004. Ia merupakan tulang berumur 8,000 tahun yang dijumpai di dalam Gua Teluk Kelawar di Lenggong.



Ahad - Arini berjalan2 lagi, ari ni pergi ke Lata Kekabu lak. tapi tak masuk dalam tengok dari parking lot jer..malas nak keluar jalan. sebab my doter dh lentoks..lepas tengok2 Lata kekabu, saya pergi plak Air Boh (waterfall) kt umah opah. ni pun tengok2 gak, tak turun jalan2 pun. saja pusing2 kampung.. sebenarnya kat Lenggong ni banyak trail sejarah yang boleh pergi tapi asay belum melawat sepenuhnya lagik. sini banyak sangat gua2 sejarah. sesapa berminat adventerous boleh ler dtg cni. bermalam kat resot rumah lenggong or resort tasek raban.