Monday, March 29, 2010

klepuk..klepak..klepuk..klepak..

Selamat pengantin baru.
Selamat berbahgia.
Selamat ke anak cucu.
Selamat sejahtera.

Semoga berpanjangan.
Semoga berkekalan.
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.

Hidup mestilah rukun.
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..

Selamat Pengantin Baru kepada

Saidal Azuana

dan

Muhamad Safrizal



Tuesday, March 23, 2010

petua rumah tangga

Petua8P oleh Ustazah Nor bahyah

1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. - alamak kene puji ni abang semakin kurus...hahah kasik semangat die tgh kuat bersenam sekarang..

2)Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. - balik ni terus kene peluk nih...ahaks...muahhhh....

3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.. - birthday coming soon apa nak beli ni yer??

4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. Setuju sangat.

5) P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ amat penting. heehehe..seriuously slalu gaduh2 manja gak sebab takde persefahaman..

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Sendiri ingat la…..

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.Ni yang suseh sikit ni, gerabak tu nak tinggalkan kat mana kalau kepala dia dah tak de????

8] Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

cantikkan padang golf?

pic googled

Cantik kan? Kalau dapat harus mak golek-golek, guling-guling 100x sambil menyanyikan lagu ‘kuch-kuch ho ta hei’, bersama abang shah rukh.khan..eh..eh silap abang jesni khan..Rambut panjang mengurai pasti ditiup sang angin yang sepoi-sepoi bahasa. Erk..dah melalut panjang ni apa point sebenar nak tulih nih???


sila abaikan model pampers di sebelah.

nampak tak macam bongkah simen yang tepi pagar tuh? saya ingat nak suh asben ketuk ..die cakpa tak boleh sebab tu yang menampung pagar tuh..yer ker? pastu die cakap takper nanti rumupt2 akan panjang akan tutup simen tu ..sekali lagik yer ker?

sekali lagik abaikan model pampers.

harap2 tumbuh dengan menghijau yer sang rumput...mahai tau beli..huhu..konon2 kat tengah2 tu nanti nak letak baju yang orang pijak2 tuh..angan2 dulu..



Ha dah nampak? Kalau ikut format penulisan buat karangan dah betui tuh..ada pendahuluan (seperti di atas). So isi kandungan ada kesinambungan dengan pendahuluan karangan. Dengan kata lain ini ler xtiviti baru yang nak bermula di rumah baru..tgh test tanam rumput sket2 dulu tengok macam mana ada skill tak??plus takde budget lebih nak beli rumput banyak2…hahhhha…..tu yang senonyer..

Yang saya beli ni dikatakan oleh penjaga nursery tuh, (bukan tempat jaga budak yer..) ini jenis jepun so mahal. Die letak harga Rm8, setelah dipujuk dengan lemah lembut sopan santun gitu dapat ler murah sket ..huhuh RM7.50… ada sesapa yang boleh kasik tau tempat yang leh dapat lagik murah??


Penutup karangan, kepada en. suami diharap beli lagik rumupt2 karpet tu, untuk menyiapakn taman mini ibu...hehheh

Monday, March 22, 2010

Ahli termuda Sukan Berkuda Malaysia

Selasa - Aliya Khadijah Bin Jesni, 4 tahun telah berminat untuk menceburi sukan berkuda sejak dari dalam perut ibunya. Beliau dengan jayanyer telah mempelajari skil-skil asas iaitu dengan menendang-nendang perut ibunya. Menurut beliau dengan kemahiran ini, akan mampu menendang kembali kuda yang dinaiki kalau kuda tersebut menendang beliau. Sehingga kini beliau belum layak untuk memasuki sebarang pertandingan kerana beliau masih di bawah umur. Untuk jangka masa ini, beliau masih giat mempelajari teknik-teknik baru untuk lebih berdaya saing di dalam sukan berkuda. Ikuti kisah beliau pada malam ini di saluran 613. - Bernama


hahaha...poyo jer mak die nih, verangan anak masuk sukan berkuda...tak sedo pujuk anak kat setengah jam menangih takmo naik kude..ishh...malu mak meraung depan abg encem yang jaga kude tuh...


alkisah citernyer..mule2 mak tanya si anak:


mak: nak naik kude tak?

anak: dengan penuh semangat n senyum simpul sampai timbul 'perigi', nak...........

mak: ok kite naik kude yer...kude besar tau, poney ramai orang ler takleh naik..

anak:ok


maka dengan jayanya sang ibu memujuk sang bapa untuk naik kude so dah siap2 bayar tuk 2 orang kengkonon sang bapa ler nak jadik penemannyer..si ibu memang dah chill out...hahah tak berani ler penakut sehhh...

pastu tetiba abg encem tanya, "abang berat berapa yer?lebih 80kg tak??"

dengan jujurnyer sang bapa mengangguk..."kenapa??"

abang encem jawab "kalau berat lebih 80kg kene bayar double."

"what?double? jadik 100 untuk sorang huhuh mahainyer (ati mak berkata2)"

dush..dush...nape abang g ngaku tadik...??terpaksa ler mak yang jadik galang gantinyer dalam keterpaksaan.


maka abang encem pun membawa si comel kuda untuk anak mak...maka tengok jer kude tuh, anak mak melalak bagai kan tengok citer niyang rapik yang tak kire siang malam asyik terbukak jer tingkapnyer, alahai pak rashid sibir tau ler bajet rendah, tapi kalau tutup tingkap tu rasanyer tak yah gune bajet pun...


ops dah melalut sampai citer niyang rapik ler plak, ok enuff...berbalik pada anak mak yang comel lote tuh, setelah dipujuk2 dan di marah2 dengan manjanyer maka setuju ler anak mak naik kude tuh...sekian alkisah merapu hari ini...layan jerlah beberapa gambo yang nan hado...photographer takleh nak amek gambo sangat sebab kuciwa takleh naik kude..ekekkek..jangan mare yer cik abe....takde lah sebenarnyer sibuk adik aliya (aiman)


mule-mule nak naik poney nih, tapi ramai sangat yang queue, kensel..


ni ler abang encem tuh, yang tengah pujuk aliya


10 minit di bawa jalan2


hehe menten senyum..padahal dalam ati sendirik mau ingat ler...tinggi ooo gayatnyer rasa..dalam ati pk macam2 kalau jatuh, patah kaki mak...aliya masam jer..senyum sket baby...

Wednesday, March 17, 2010

PETUA : MENCUCI HATI

dapat email dari member apa salah berkongsi dengan semua yer..

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.
Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3 Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4 Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5..
Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Monday, March 15, 2010

TIPS: MENABUNG

tabung KFC (Aiman punyer- siap bertampal2 huhuhu dah picah), Tabung Dora (Aliya punyer), yang hijau tu ibu punyer...
note: abaikan model pampers kat belakang

Tengah mengemas2 weken baru ni ternampak ler tabung2 yang dah lama tak berfungsi..huhuhu..tidak berfungsi dengan kata lain dah lama ler tak memasukkan duit2 di dalam tabung iteeww..haitt duit syiling ibu amat bernilai ler nak masukkan dalam perut tong kaler kuning kat ofis ibu, sayang...kalau die lapo ibu dapat surat cinto lak..itu yang sadis (dengan ingatan, pagi tadi dah dapat surat cinto, lom sempat den mengenyangkan tong kuning..huhu- dah kene saman lorr...)..ok ler sebelum saya melalut2 dengan lebih panjang lagik, meh nak kongsi tips2 aka panduan menabung..ni tips masa program Simpan Challenge berlangsung yang diterajui oleh Irfan Khairi dan Abang Abu. konon2 masa ni tgh berkobar2 untuk menyimpan ler almaklum die punyer tag menyimpan RM1,000 dalam masa 30 hari. (siap bayar lagi die punyer fee untuk mendapatkan tips2 ni setiap hari selama sebulan). cube cakap sapa yang tak terpukau sile angkat tangan...alamak..malu2 ler plak...ok ler croll down ke bawah yer tips2 nyer..baca dan cube ikuti untuk mendapat kejayaan..saya doakan korang berjaya...AMIN..

1. Sediakan satu tabung kosong (container kosong) Jangan beli !sebaliknya gunakan yang mungkin sudah ada didalam rumah anda.

2. Mulai hari ini anda harus minta diskaun dalam apa jua yang anda perlu bayar.Walaupun anda pasti tempat itu tidak akan memberi diskaun , tanya saja.

3. Pelan Belanja Dapur keluarga. Bila belanja dapur , lega semua kaum adam kerana selalunya hanya kaum hawa yang selalu pening kepala memikirkan ini. Mulai hari ini kaum Adam juga harus bersama sama dalam menjalankan tip ini.

4. Mulakan BUku Nota Belanja

5. Batalkan Niat Membeli Barangan Ansuran Bulan Ini

6.
Hari Tidak Boleh Berbelanja

7. Bank dan anda.
Kadang kala anda juga akan membayar sesuatu perkhidmatan yang anda tidak gunakan , Anda boleh minta pihak bank menghentikan perkhidmatan tersebut.

8. Ubah Elok Rumah (DIY)

9.
Belajar Dari Kesilapan Lalu

10.
Berbelanja musim perayaan. Anda harus membuat bajet raya dalam memastikan apakah yang anda perlu beli sebelum berbelanja.Semua anggota keluarga mesti setuju pada bajet serta semua barangan yang perlu dibeli

11. Rilex - hahaha..Abang Abu suh tengok kembali berapa jumlah simpanan dalam tabung..

12. Menjaga Barangan dengan rapi

13. Bil telefon Bimbit.

14. berkongsi bersama keluarga. Apa2 barang yang boleh dikongsi, kongsi jer tak yah beli sorang satu

15. Cara Bayar Hutang Kad kredit

16. Jaga Kesihatan

17. Percutian

18. Jimat Air = Jimat Wang

19. Dimana anda sejauh ini? - kat sini Abang ABu sertakan soalan dimana kita perlu jawab nak tengok sejauh mana kita ikut tips yang diberi..

20. bawa bekal makan

21. Kemas dan uruskan stor anda

22. Jangan Belanja untuk menunjuk

23. baca satu buku kewangan

24. cara kurang belanja pengangkutan

25. kurangkan keluar dari rumah

26. bayar sebelum guna - cth nak tengok tv masukkan duit dalam tabung sebagai ticket ler kononnyer.

27. denda jika negatif - macam sekolah dulu2 ada english day, sapa cakap malay ari tu kene denda..

28. Cukai belanja - buat percentage cukai dari hasil perbelanjaan then masukkan dalam tabung

29. dapatkan secara percuma - kalau barang yang nak digunakan hanya sekali, cube dapatkan dengan kaedah pinjaman dari jiran atau kaedah sewaan.

30. derma itu membersihkan - ni hari terakhir abang abu suruh kira duit dalam tabung kemudian dermakan berapa percentage dengan ikhlas..


p/s: nak tau citer lanjut mengenai tips2 ni leh ler mintak kat saya yer...
BIRTHDAY WISHES ...



Kat sini maksu mengambil kesempatan ingin mengucapkan happy birthday yang ke 5 tawun buat my lovely niece

Harsya Maryam Binti Kamal Bahrain (15 March)

masa ni tgh nak tiup lilin yang tuk umo berapa tara ingat ler..(suspek yang memakai baju putih berdiri di tengah antara baju putih dan baju hijau)

and my lovely nephew (18 tawun)

Ahmad Hazim Bin Ahmad Sofian (13 March)

sorry gambo kurang memuaskan (suspek berada di tengah2 diantara en. suami n my brother)

Hepi birthday to both of u
Semoga menjadi anak yang baik pada mummy n papa, ibu n ayah
oh tak lupe jugak maksu ucap TAHNIAH pada hazim sebab dapat str8 A's dalam SPM..

nak adiah??pilih ler mana yang berkenan kat bawah..hehheh