Monday, March 15, 2010

TIPS: MENABUNG

tabung KFC (Aiman punyer- siap bertampal2 huhuhu dah picah), Tabung Dora (Aliya punyer), yang hijau tu ibu punyer...
note: abaikan model pampers kat belakang

Tengah mengemas2 weken baru ni ternampak ler tabung2 yang dah lama tak berfungsi..huhuhu..tidak berfungsi dengan kata lain dah lama ler tak memasukkan duit2 di dalam tabung iteeww..haitt duit syiling ibu amat bernilai ler nak masukkan dalam perut tong kaler kuning kat ofis ibu, sayang...kalau die lapo ibu dapat surat cinto lak..itu yang sadis (dengan ingatan, pagi tadi dah dapat surat cinto, lom sempat den mengenyangkan tong kuning..huhu- dah kene saman lorr...)..ok ler sebelum saya melalut2 dengan lebih panjang lagik, meh nak kongsi tips2 aka panduan menabung..ni tips masa program Simpan Challenge berlangsung yang diterajui oleh Irfan Khairi dan Abang Abu. konon2 masa ni tgh berkobar2 untuk menyimpan ler almaklum die punyer tag menyimpan RM1,000 dalam masa 30 hari. (siap bayar lagi die punyer fee untuk mendapatkan tips2 ni setiap hari selama sebulan). cube cakap sapa yang tak terpukau sile angkat tangan...alamak..malu2 ler plak...ok ler croll down ke bawah yer tips2 nyer..baca dan cube ikuti untuk mendapat kejayaan..saya doakan korang berjaya...AMIN..

1. Sediakan satu tabung kosong (container kosong) Jangan beli !sebaliknya gunakan yang mungkin sudah ada didalam rumah anda.

2. Mulai hari ini anda harus minta diskaun dalam apa jua yang anda perlu bayar.Walaupun anda pasti tempat itu tidak akan memberi diskaun , tanya saja.

3. Pelan Belanja Dapur keluarga. Bila belanja dapur , lega semua kaum adam kerana selalunya hanya kaum hawa yang selalu pening kepala memikirkan ini. Mulai hari ini kaum Adam juga harus bersama sama dalam menjalankan tip ini.

4. Mulakan BUku Nota Belanja

5. Batalkan Niat Membeli Barangan Ansuran Bulan Ini

6.
Hari Tidak Boleh Berbelanja

7. Bank dan anda.
Kadang kala anda juga akan membayar sesuatu perkhidmatan yang anda tidak gunakan , Anda boleh minta pihak bank menghentikan perkhidmatan tersebut.

8. Ubah Elok Rumah (DIY)

9.
Belajar Dari Kesilapan Lalu

10.
Berbelanja musim perayaan. Anda harus membuat bajet raya dalam memastikan apakah yang anda perlu beli sebelum berbelanja.Semua anggota keluarga mesti setuju pada bajet serta semua barangan yang perlu dibeli

11. Rilex - hahaha..Abang Abu suh tengok kembali berapa jumlah simpanan dalam tabung..

12. Menjaga Barangan dengan rapi

13. Bil telefon Bimbit.

14. berkongsi bersama keluarga. Apa2 barang yang boleh dikongsi, kongsi jer tak yah beli sorang satu

15. Cara Bayar Hutang Kad kredit

16. Jaga Kesihatan

17. Percutian

18. Jimat Air = Jimat Wang

19. Dimana anda sejauh ini? - kat sini Abang ABu sertakan soalan dimana kita perlu jawab nak tengok sejauh mana kita ikut tips yang diberi..

20. bawa bekal makan

21. Kemas dan uruskan stor anda

22. Jangan Belanja untuk menunjuk

23. baca satu buku kewangan

24. cara kurang belanja pengangkutan

25. kurangkan keluar dari rumah

26. bayar sebelum guna - cth nak tengok tv masukkan duit dalam tabung sebagai ticket ler kononnyer.

27. denda jika negatif - macam sekolah dulu2 ada english day, sapa cakap malay ari tu kene denda..

28. Cukai belanja - buat percentage cukai dari hasil perbelanjaan then masukkan dalam tabung

29. dapatkan secara percuma - kalau barang yang nak digunakan hanya sekali, cube dapatkan dengan kaedah pinjaman dari jiran atau kaedah sewaan.

30. derma itu membersihkan - ni hari terakhir abang abu suruh kira duit dalam tabung kemudian dermakan berapa percentage dengan ikhlas..


p/s: nak tau citer lanjut mengenai tips2 ni leh ler mintak kat saya yer...

1 comments:

Anonymous said...

salam kenal jugak. cute ada je coins box tu..