Friday, April 30, 2010

rombongan bersama cikgu Lina - 18 Apr 2010

Tepat pukul 10 pagi, transport akan bersedia untuk bertolak so kepada murid2 sila jangan lambat yer!!kalau dak cikgu Lina tinggaii....bye..bye..

tapi..........Cikgu Lina lak yang lambat sebab..............anak murid nak susu ler, nak mandi ler, nak baju-bajan ler semua cikgu lina gak kene siapkan ..huhuhu...

ok abes pasal persiapan nak pergi rombongan. sekarang anak2 murid dah bersedia untuk berlepas..ke destinasi


wallah... sila duduk ditempat masing2 dan pakai ur seat belt yer...

dalam pukul 10.30 pagi sampai kat parking lot Muzium Negara tu, terkujat gak cikgu Lina nape ramai sangat orang nih? ingat takde orang.....

Bila diselidik, di kaji, disiasat ghupernyer ada pameran kat Muzium, maklumat tertera di bawah:

patutler ramai orang...tapi cikgu Lina tak bawak anak2 murid tengok pameran nih, kang ada ngigau tengah2 malam sapa yang susah???cikgu Lina jugaaaaaaaaaaaak..

ok..ok..dah melalut..anak2 murid dah sebuk tanya biler nak masuk muzium nih??

untuk masuk ke muzium bayaran tiket dikenakan sebanyak RM2 hengget kepada orang dewasa (12 tahun keatas). dan juga free untuk pelajar yang beruniform. anak2 murid cikgu Lina free sebab still bawah umoq..*wink..wink..* save bajet...dahler transportation cost di saport oleh GB(Guru besar). kire ok ler...lallallala....

tiket Cikgu Lina dan GB

Mula2 masuk ke dewan Muzium tu kami disambut dengan pameran pakaian2 dan jugak hiasan2 mutiara yang pernah dipakai oleh selebriti2 tanah air seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ning Baizura dan banyak lagik tak amek gambar sebab tengah terpegun tengok gambar dieorang cantiknyer!!biler lak gambo cikgu Lina plak nak ada kat situ..hhahha very d verangan...

dah naik atas baru terpk nak amek gambar kat hall tuh..so ini je ler yang dapat..ngeh..ngeh..ngeh...


ok muzium ni dibahagikan kepada 4 Galeri dimana
Galeri A- Sejarah Awal,
Galeri B- Kerajaan Melayu,
Galeri C- zaman Kolonial ,
Galeri D-zaman Malaysia Kini

MENYUSURI ZAMAN SEJARAH AWAL

Kat galeri nih, dapat melihat barang2/alatan yang digunakan oleh orang2 zaman pra sejarah. contoh seperti alat untuk menghidupkan api, alat untuk menyimpan mayat dan macam2 ler lagik (kurang ingat dah ..1)banyak barang yang dipamerkan 2) banyak makan semut tu kureng ingat tuh..ekekkek)

kat sini nih tatau tengok apa tapi macam hutan2 belantara ler pastu ada bunyi-bunyian binatang

MENYUSURI ZAMAN KERAJAAN MELAYU

Disini dapat melihat perkembangan kerajaan melayu di tanah melayu kat sini. Terdapat juga barangan2 lama yang digunakan oleh orang2 dahulu sehingga sekarang dapat diperhatikan kesannya. kalau nak tahu bekas yang sebenar untuk dikire gantang, cupak seme boleh dilihat dalam galeri nih. Al-Quran2 ditulis dengan tulisan tangan..

Dapat lihat salasilah raja2 melayu hingga sekarang. baru tahu Agung kite sekarang yakni Sultan Mizan pun salasilah nyer dari Parameswara. (kalau tak silap tengok carta ler takut terlupa)


berlatarbelakangkan replika Hang Tuah


berlatarbelakangkan multimedia mengenai pengislaman Raja melaka.

MENYUSURI ZAMAN KOLONIAL

Di galeri nih, dapat melihat bukti2 penjajahan Asing terhadap tanah melayu. dapat tengok bentuk duit2 syiling yang digunakan. kat sini lupe nak snap gambo beskal yang Jepun bawak masa mule2 masuk / menjajah tanah melayu. betnuk die macam basikal tue kite tapi kecik dibandingkan dengan basikal tue kite tuh. kat sini jugak ada dibuat macam kubu perang ditempatkan dalam tuh video2 masa peperangan Jepun. masa tengok, terasa ngeri sangat terbayang macam mana ler orang2 dulu hidup yang sentiasa dalam keadaan bahaya.

Sangat bertuah rasanyer sekarang Malaysia dalam keadaan aman w/pun dalam erti kata sebenar aman disini bukan dari penjajahan secara fizikal yang terlalu nampak. kalau dari saluran2 lain tu memang ler ada kan..(yang ni faham2 ler kan...malas nk bercerita panjang..heheh)

berlatarbelakangkan kapal Portugis yang ingin menyerang tanah melayu

berlatarbekakangkan Kuala kedah fort

berlatarbelakangkan Weld Quay, Penang


baru nak belajar cara2 menoreh gotah. masa jalan2 kat muzium nih, cikgu Lina free sket sebab tengok tuh pandai kakak die jaga adik mana2 die pimpin adik die...


contoh duit yang digunakan. ada tanya kat GB, mcm mana ek nak bawak duit nih beso2 n keras plak? kalo masuk lam beg LV i ni tak muat (ekekek LV konon......uwek!!pegang pun tak penah..)


MENYUSURI MALAYSIA KINI

dekat sini, akan dapat lihat perkembangan negara Malaysia yang sudah merdeka. dapat juga melihat wajah2 orang yang bertanggungjawab membawa kemerdekaan kepada negara kita. Kat sini ada satu pertunjukan multimedia mengenai kemerdekaan Malaysia. dibuat dalam bentuk penceritaan dokumentari. Mengisahkan seorang atuk (Dato' rahim Razali) yang menceritakan kisah2 bagaimana kesusahan / permulaan untuk mendapakan kemerdekaan kepada 4 orang kanak2. Masa tengok dokmentari nih, hampir menitis air mata Cikgu Lina tau..terbayang keperitan perjuangan orang2 dulu. huhu sentimentak ler plak..sob..sob..sob..


tengok per tuh GB? berlatarbelkangkan sebahagian barang2 digunakan untuk penulisan.

last but not least, sempat lagik main slider kat sini..haru betul bawak anak2 murid bawah umoq nih..



banyak gambar2 tak sempat diambil maklum cikgu Lina ralit sangat baca info2 kat situ...tipuuu...sebab cikgu Lina lupe nk delete memori kamera dah full..hehheh so sebab tu sket jelah gambarnyer.. tak larat nak delete masa tuh..

kalau nak tengok gambar2 yang banyak ngan infoneyr sekali boleh kesini

http://www.malaysian-explorer.com/muziumNegara.html

atau nak lebih afdal sile pergi sendirik kesana yer!!!..


3 comments:

Sriyana said...

salam...dah lama tak pergi muzium ni. seronok juga ye bawak anak-anak ke sana

lina said...

salam kenal..time kasih sebab sudi jenguk kat sini. a'ah memang sonot...

Anonymous said...

kn wat lawatan jugak ni... x pernah sampai lagi ;)