Thursday, January 5, 2012

sebelum tidoo..

Di malam yang sepi,
Pak Abu jual topi,
topinyer koyak,
Pak Abu jual tempoyak,
tempoyaknyer basi,
Pak Abu jual nasi,
nasinyer enak,
Pak Abu jual anak, - oh kejamnyerPak Abu jual anak..
anaknyer hilang,
Pak Abu jual gelang,- downline Dato' AC ***** nih
gelangnyer patah,
Pak Abu jual getah,
getahnyer putus,
Pak abu terus pos, - rasa kat sini terus mampos betul ker?dah tak inagt sangat
pos apa?
posmen, men apa?
mentol, tol apa?
tolak, lak apa?
laksa, sa apa?
satu, dua, tiga, empat....bla..bla..bla...

lagu zaman2 kecik.tapi dah tak ingat untuk apa lagu ni. kalau tak silap sesaja jer kot.ker tuk polis sentri?oh nope..polis sentri lagu die lain.hahah budak2 mude mesti tatau lagu nih.baya2 umur saya yang matang nih (haip..bukan tua tau!!) -tahun2 80 an mesti tau..

ok.dah abih merepek.nak tido.sebelum tido nak tunjuk gamabar budak yang susah nak tido kene bertepuk punggung bagai,menyanyi berzikir bagai.

Sunday, January 1, 2012

tertinggal keretapi betul..

apa taknyer dah masuk second day of 2012.baru terkedek2 nak ucap HAPPY NEW YEAR 2012.

bertambahnyer tahun bermakna bertambahnyer usie.bermakna kene bertambah2 ler amalan.banyak suke duke ditahun 2011.

keluarga cik ina bertambah lagik. bulan feb ritu, saya selamat melahirkan sorang boboi.
bulan nov keluarga cik ina lak kehilangan seorang ayah yang tercinta.

antara perkara2 terbesar/terkesan di tahun 2011

azam tahun 2012.

nak DECREASE berat badan yang rasa naik mencanak2 nih.tu salah satu kejayaan di tahun 2011.erm..tu suke ker duke ek??hahhah...

nak INCREASE saving cik ina kasik jadik bukit sket.kalo lagik bagus jadik gunung everest terus..hahahah.sekarang ni busut jer baru.
menjadi insan /ibu/ isteri yang lebih baik.

oklah .saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua.semoga di tahun baru menjadikan kite lebih baik dari tahun yang lepas.selamat malam.



Saturday, December 24, 2011

ni bukan biskut chipsmore..

yang kejap ada kejap tiada.ni tah apa jenis biskut tah.punyerlah lama tak ada sekarang ni baru teringin nak muncul kembali.dah lama tak berblogging tak bermakna saya tak blogwalking tau..saya still jadik silent reader.macam2 perkara yang dapat saya telusi. ada hepi ada kurang hepinyer tapi w/macam manapun tulah lumrah kehidupan. eh macam mana lak ngan cik mek senyum sokmo nih??senyum sokmo ker taun nih?



rejki taun nih, bertambah sorang lagik permata hati pada februari hari tuh.sekarang dah masuk 10 bulan pun huhu pejam celik kejapnyer masa. rasa memang tak tekejo.naik ferrari pun kalah ferrari lagik.

saya harap pada diri ini, semoga tangan, hati, akal fikiran seiring untuk rajin menulis blog nih.boleh le nanti biler anak beso2..

"ha! nak tau citer g baca blog ibu..hehhehhe (sebab ibu die dh luper...)" .

ok stop kat sini dulu.nak g layan anak tengok citer katun jap.

Monday, May 24, 2010

Good Luck for Today


To my en. suami yer...
buat leklok tau...

Wednesday, May 12, 2010

"Saya Mahu Watermark FREE dari elissmie.com"

saya mahu....(* sambil angkat kaki tangan keyboard seme...bende free sapa tak mo!!!)

ok syarat die sonang jer:-

1. Mestilah seorang Follower belog elissmie.com . Kalau bukan follower tidak layak untuk mendapatkan Watermark FREE ini. Kalo nak jugak, terpaksa lah jadi follower seumur hidup.hahahaha.

~ diriku: dan2 tu jugak saya dah jadik follower belog..ngeh..ngeh..ngeh..

2. Buat satu entri yang bertajuk "Saya Mahu Watermark FREE dari elissmie.com "

~ diriku: in progress

3. Nyatakan nama belog , warna dan font yang anda inginkan pada Watermark FREE anda tu.Terhad kepada 2 font sahaja.Font pada Nama belog dan Copyright Reserved © tu.


watermark belog elissmie punyer

~ diriku: nama belog : mek-senyumsokmo
warna & font : ikut suke asalkan cantik (malu nk mintak lebih2..heheh)

4. Jangan lupa masukkan LINK-LINK berikut di dalam entri anda:

http://www.elissmie.com/2010/05/siapa-mahu-watermark-free.html

http://elissmiejunior.blogspot.com

http://mieeliss.blogspot.com/


http://akulahbathroomblogger.blogspot.com/

~ diriku: done


5. Tinggalkan permalink pada comment box entry ini lah.

~ diriku: akan ku tinggalkan jejak n3 ini sekejap lagik

6. First Come First Serve.Bagi aku masa 2-3 hari bekerja yer untuk siapkan ok.Dan jangan lupa tinggalkan sekali alamat email anda yer untuk dihubungi.

~ diriku: Okes..TQ..muah...


Ok sapa2 berminat boleh ler terjah cepat2...

Tuesday, May 11, 2010

Vaksin H1N1

no apa tuh? no. loteri ker? ish...mintak jauh...heheh tengok tajuk entri pun mesti tau kan...tu no giliran menunggu untuk diriku mendapatkan vaksin H1N1. Alkisah boleh pergi ni, sebab kat office dah announce minta kepada pekerja2 pergi mendapatkan vaksin sebab ada beberapa staff yang demam dengan suhu yang tinggi. Sejak dari minggu lepas, office saya ada beberapa acik2 misi dan abang2 misi (ops..abang misi gak ek??heheh) sentiasa bersedia untuk mengecheck suhu. (almaklum nama pun company health care- mesti mau staff2 die sehat..kui..kui..kui..)


tengok tu misi2 cun sedang menjalankan tugas...baik sakit kalo dapat misi cun cam nih...heheh


amboi kak kham serius nampak...


ha..ni siap dapat mask sebab batuk2..

ok, ni antara kelayakan untuk mendapatkan vaksin:

berumur 18-65 tahun GENAP (ni saya nmpk syarat yang ditulis tatau ler maksud genap tuh kalau 65 tahun satu hari boleh dak..tak tanya lak...*winkwink*)

tidak alergi kepada telur, tiada batuk, tiada demam, tiada selsema..senang cakap tgh sehat ler..tapi masa pegi ni saya batuk tau..tanya nurse tuh..nurse tu cakap takpe..batuk sikit2...hehhe

wanita hamil 18 minggu keatas tidak dibenarkan ambil vaksin (yang ni ingat2 lupe.)

masa nak cucuk ni, nurse tu ada cakap "lepas cucuk balik umah terus makan panadol..sebab effect die mungkin akan demam, loya2, badan lesu2, tangan kebas2, ikut antibodi seseorang ler"


balik umah terus makan panadol, tido...dan huwaaaaa.......yang ni paling sadis ....terlepas tengok DESPERATE HOUSEWIVES

ada ulang tayang tak?????

Tuesday, May 4, 2010

X-tvti mlm ni..

lepas maghrib pegi klinik untuk buang jahitan. citer full kat n3 nih. Alhamdulillah, doc cakap ok takde apa2, luka pun kering jer. doc cakap kalau infected luka tuh akan jadi berair..menanah seme.

sekarang saje update blog sambil counting jam, minit, saat dan detik untuk sesi


gaby..i loike u..sebab dalam citer ni die cam giler2 n kelakar sikit. suke tengok biler ada scene anak die ngan anaknyer juanita..

korang minat sapa plak??

Monday, May 3, 2010

KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH

tgh blogwalking jumpe kontest nih kat honeylanz punyer blog. so jom terjah empunye blog kontest, Mama Danish & Sarah.


"Puteri Mama Sarah Sedang Memandang burung-burung yang cantik sedang berterbangan".

Friday, April 30, 2010

rombongan bersama cikgu Lina - 18 Apr 2010

Tepat pukul 10 pagi, transport akan bersedia untuk bertolak so kepada murid2 sila jangan lambat yer!!kalau dak cikgu Lina tinggaii....bye..bye..

tapi..........Cikgu Lina lak yang lambat sebab..............anak murid nak susu ler, nak mandi ler, nak baju-bajan ler semua cikgu lina gak kene siapkan ..huhuhu...

ok abes pasal persiapan nak pergi rombongan. sekarang anak2 murid dah bersedia untuk berlepas..ke destinasi


wallah... sila duduk ditempat masing2 dan pakai ur seat belt yer...

dalam pukul 10.30 pagi sampai kat parking lot Muzium Negara tu, terkujat gak cikgu Lina nape ramai sangat orang nih? ingat takde orang.....

Bila diselidik, di kaji, disiasat ghupernyer ada pameran kat Muzium, maklumat tertera di bawah:

patutler ramai orang...tapi cikgu Lina tak bawak anak2 murid tengok pameran nih, kang ada ngigau tengah2 malam sapa yang susah???cikgu Lina jugaaaaaaaaaaaak..

ok..ok..dah melalut..anak2 murid dah sebuk tanya biler nak masuk muzium nih??

untuk masuk ke muzium bayaran tiket dikenakan sebanyak RM2 hengget kepada orang dewasa (12 tahun keatas). dan juga free untuk pelajar yang beruniform. anak2 murid cikgu Lina free sebab still bawah umoq..*wink..wink..* save bajet...dahler transportation cost di saport oleh GB(Guru besar). kire ok ler...lallallala....

tiket Cikgu Lina dan GB

Mula2 masuk ke dewan Muzium tu kami disambut dengan pameran pakaian2 dan jugak hiasan2 mutiara yang pernah dipakai oleh selebriti2 tanah air seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ning Baizura dan banyak lagik tak amek gambar sebab tengah terpegun tengok gambar dieorang cantiknyer!!biler lak gambo cikgu Lina plak nak ada kat situ..hhahha very d verangan...

dah naik atas baru terpk nak amek gambar kat hall tuh..so ini je ler yang dapat..ngeh..ngeh..ngeh...


ok muzium ni dibahagikan kepada 4 Galeri dimana
Galeri A- Sejarah Awal,
Galeri B- Kerajaan Melayu,
Galeri C- zaman Kolonial ,
Galeri D-zaman Malaysia Kini

MENYUSURI ZAMAN SEJARAH AWAL

Kat galeri nih, dapat melihat barang2/alatan yang digunakan oleh orang2 zaman pra sejarah. contoh seperti alat untuk menghidupkan api, alat untuk menyimpan mayat dan macam2 ler lagik (kurang ingat dah ..1)banyak barang yang dipamerkan 2) banyak makan semut tu kureng ingat tuh..ekekkek)

kat sini nih tatau tengok apa tapi macam hutan2 belantara ler pastu ada bunyi-bunyian binatang

MENYUSURI ZAMAN KERAJAAN MELAYU

Disini dapat melihat perkembangan kerajaan melayu di tanah melayu kat sini. Terdapat juga barangan2 lama yang digunakan oleh orang2 dahulu sehingga sekarang dapat diperhatikan kesannya. kalau nak tahu bekas yang sebenar untuk dikire gantang, cupak seme boleh dilihat dalam galeri nih. Al-Quran2 ditulis dengan tulisan tangan..

Dapat lihat salasilah raja2 melayu hingga sekarang. baru tahu Agung kite sekarang yakni Sultan Mizan pun salasilah nyer dari Parameswara. (kalau tak silap tengok carta ler takut terlupa)


berlatarbelakangkan replika Hang Tuah


berlatarbelakangkan multimedia mengenai pengislaman Raja melaka.

MENYUSURI ZAMAN KOLONIAL

Di galeri nih, dapat melihat bukti2 penjajahan Asing terhadap tanah melayu. dapat tengok bentuk duit2 syiling yang digunakan. kat sini lupe nak snap gambo beskal yang Jepun bawak masa mule2 masuk / menjajah tanah melayu. betnuk die macam basikal tue kite tapi kecik dibandingkan dengan basikal tue kite tuh. kat sini jugak ada dibuat macam kubu perang ditempatkan dalam tuh video2 masa peperangan Jepun. masa tengok, terasa ngeri sangat terbayang macam mana ler orang2 dulu hidup yang sentiasa dalam keadaan bahaya.

Sangat bertuah rasanyer sekarang Malaysia dalam keadaan aman w/pun dalam erti kata sebenar aman disini bukan dari penjajahan secara fizikal yang terlalu nampak. kalau dari saluran2 lain tu memang ler ada kan..(yang ni faham2 ler kan...malas nk bercerita panjang..heheh)

berlatarbelakangkan kapal Portugis yang ingin menyerang tanah melayu

berlatarbekakangkan Kuala kedah fort

berlatarbelakangkan Weld Quay, Penang


baru nak belajar cara2 menoreh gotah. masa jalan2 kat muzium nih, cikgu Lina free sket sebab tengok tuh pandai kakak die jaga adik mana2 die pimpin adik die...


contoh duit yang digunakan. ada tanya kat GB, mcm mana ek nak bawak duit nih beso2 n keras plak? kalo masuk lam beg LV i ni tak muat (ekekek LV konon......uwek!!pegang pun tak penah..)


MENYUSURI MALAYSIA KINI

dekat sini, akan dapat lihat perkembangan negara Malaysia yang sudah merdeka. dapat juga melihat wajah2 orang yang bertanggungjawab membawa kemerdekaan kepada negara kita. Kat sini ada satu pertunjukan multimedia mengenai kemerdekaan Malaysia. dibuat dalam bentuk penceritaan dokumentari. Mengisahkan seorang atuk (Dato' rahim Razali) yang menceritakan kisah2 bagaimana kesusahan / permulaan untuk mendapakan kemerdekaan kepada 4 orang kanak2. Masa tengok dokmentari nih, hampir menitis air mata Cikgu Lina tau..terbayang keperitan perjuangan orang2 dulu. huhu sentimentak ler plak..sob..sob..sob..


tengok per tuh GB? berlatarbelkangkan sebahagian barang2 digunakan untuk penulisan.

last but not least, sempat lagik main slider kat sini..haru betul bawak anak2 murid bawah umoq nih..



banyak gambar2 tak sempat diambil maklum cikgu Lina ralit sangat baca info2 kat situ...tipuuu...sebab cikgu Lina lupe nk delete memori kamera dah full..hehheh so sebab tu sket jelah gambarnyer.. tak larat nak delete masa tuh..

kalau nak tengok gambar2 yang banyak ngan infoneyr sekali boleh kesini

http://www.malaysian-explorer.com/muziumNegara.html

atau nak lebih afdal sile pergi sendirik kesana yer!!!..


Potluck ITD lagik - 30/4/2010

makan..makan..makan...camner ler nak menuju puncak kedietan nih???

menu yang ada:-
kari telur
sambal udang,
pulut / nasi putih
ikan masin goreng
shortbread cake
ulam-ulaman
ayam KFC
sambal belacan / budu

kalah restoran tau....makan sampai ke petang ..sepatutnyer petang tu ada upacara makan 'colek' lak (mangga ngan colek cuke)
tapi...............memasing dah tak larat nak bawak perut...kalau boleh perut tu keluarkan kejap gune spare perut harus ada yang buat camtuh nih...

Tuesday, April 27, 2010

Kenali karakter melalui tarikh lahir..

lama tak update, sajelah kongsi ngan korang...dapat email dari member..

Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.

2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.

4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.

5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.

6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.

7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain.
Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.

10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.

12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.

14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.

15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?

16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.

19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.

20 haribulan - Tenang dan bersahaja.
Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.

23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.

24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.

26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.

27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.

29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.


ME: 16hb
Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

* lelaki jer ker??pompuan leh gune pakai tak nih???

MY OTHER HALF: 12hb
Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.


Korang camner??ada kebetulan tak dengan ramala nih??

Friday, April 23, 2010

Dah berubah??

before

after...

amboi..amboi...banyak masa terluang nampak??

heheh..sesambil menunggu drama online loading.....sambil2 ler buang peluh sket2
erk???berpeluh ker?penat??lari pecut 100 meter ker cik lina?takpun wat situp ker cik lina?
yup!!!peluh kay....bukan peluh penat @ letih tapi peluh panas..hahhahh..erm...peluh ni kalori terBAKAR tak?leh kurus tak??*beserta dengan senyum simpul yang paling manis*

apa melalut ni ke laut ni cik lina??heheh sebenarnya nak korang amek perhatian cube tengok template lama tuh?kan ada macam tali pengukur..konon2 template tu sebagai inspirasi untuk menguruskan badan...*wink...wink*

tapi dah kelaut pun konon nak kurus tuh...boleh gitu??laut mana tuh nak terima??ngeh..ngeh...ngeh...

amacam tempalte baru cantik tak?cantikkan...orang tak puji, sendirik kene puji ler... (kalau gegel tu leh tukar dengan gambo tuan tanah lagik besh ni..akan difikirkan..)..k ler...nak tengok muvie kang kalo ghajin update lagik..bye...gud nite...sweet dream...

Pulau Gemia / Gem Island

Entri ni dibuat lepas Cik Arnie kite ni bertanya..."besh tak Gem Island?"

so dengan ingat2 lupe dah gambar disimpan kat mana almaklum masa tu lom ada kamera digital lagik. so ambik pun by phone yang berapa megapixal tah...heheh
sampai nyer kiteorang kesini Gem island ni pun sebab family day en. suami punyer company..kalau dak....tatau bilernyer sampai kat sini...cakap jer orang ganu berdego2..tapi hampeh biler tanya tatau...hahhah malu ...larik...nyorok bawah selimut..*wink..wink*

Ok ler serba sedikit pasal Gem Island nih, sebab dah ingat2 lupe nih. Gem Island ni boleh naik kat jeti marang dan tak pasti berapa lama naik bot baru sampai kepulau..rasa macam tak lama sangat. dan yang pasti Gem Island ni sebelah jer pulau Kapas. kalau korang tere berenang , ha berenang jer dari Pulau Gemia nih ke Pulau Kapas..hehe (apa2 yang berlaku tiada jaminan dari http:mek-senyumsokmo.blogspot.com yer..)

Ok ler layan jelah picas yang tak seberapa ini...


siap menguap2 lagik aliya, yerlah kiteorang bertolak pagi dari kemaman ke kuala terengganu..penat gak..


yey..yey..dah sampai..rehat2 dulu...
tengok nih..ini T.U.R.T.L.E...ada faham???uiks garangnyer cikgu...hahah

sonotnyer tengok 'mereka' berenang-renang

petang hari di tepi pulau gemia

pemandangan dari bilik


pemandangan dari dining hall resort

tengok apa tuh aliya?(tempat feveret...atas kerusi buai)

bye..bye..Gem Island

Tuesday, April 20, 2010

Gerun..Gementar...Takut...

hampir pukul 10 malam, so macam biasa suruh anak2 pergi toilet gosok gigi, fine ..aliya dekat sinki tengah gosok gigi, aiman , baru lepas buang pampers dan saya sibuk mencari towel (aiman dah masuk toilet-sebenarnya memang dah biasa biarkan dia masuk dan just monitor dari luar (perbuatan ini tidak boleh ditiru yer!!) )..Tiba-tiba dengar jeritan tangisan yang kuat..pergi tengok memang dah sah2 terlentang..huhuuhu sian anakku..

angkat die dari terlentang, adusss...GERUN + GEMENTAR - darah mencurah2 macam air paip kat kepala. dalam ati TUHAN jer yang tau camner perasaan...memang cuak abess...tapi yang geramnyer Grrrrrrrr......

dalam saya dok angkat die nak basuh darah yang mengalir tuh, boleh lagik die terlompat-lompat main air...uish...bertuah punyer anak...

cakap kat kakak die, suruh beritahu ayah aiman jatuh..takde reaksi tidak balas dari ayahnyer (lokasi ayah kat tingkat bawah tengah exercise..hahhaa pecah tembelang), ish masa tuh geram pun ada, mana ayah die nih???biasa ler pompuan mesti kalutnyer.....heheh..

tiada reaksi adakah sebab si kakak memberitahu perkhabaran iteww dengan lemah lembutnya ataupun anakku yang sorang tu memang selalu tercedera (tapi semlm memang kecederaan paling serius yang pernah saya hadapi semenjak bergelar ibu kepada 2 orang anak --huhu baru 2 orang susah nak handle macam2 kene belum lagi ramai nih??), so ayahnyer ingat jatuh2 biasa jer...TAKUT- kene marah ngan ayah die camno jaga anak nih..tsk..tsk...tsk..

lepas abes saya cuci darah2 tu, bawak turun aiman ke bawah baru ler ayah die tau luka besar dan terus decide pergi klinik. so sampai klinik dapat ler adiah untuk anakku Aiman . 3 jahitan di kepala...huhuu, tapiiiiiiiii seb baik anak ibu baik tak meragam pun masa proses jahitan tu...bagus anak ibu...harap2 takde pape yer Aiman.....muah....

Monday, April 12, 2010

Hari ini


belum fikir lagi nak beli cake ker apa..tapi of coz awai2 dah wish.

Thursday, April 8, 2010

Sungai Gabai - 3 Mei 2010 (part 2)

sambungan alkisah dari sini, serba sedikit tentang Sungai Gabai. kurang2 kalo ada blogger yang nak kesana, boleh ler baca serba sedikit panduan kat sini yer (erk!!ada ker orang baca blog saya hahha perasaan tul...uwerk...)

Ok, map untuk ke Sungai Gabai saya dah disertakan di part 1. so korang pandai2 ler carik yer sebab saya ni selalu fail pasal map2 ni..almaklum geografi fail..huhuh (eh! spm mana ada amek geografi..so takleh nak salahkan saya yer...*wink..wink*)

ok, dah sampai sana akan ada pakcik gojes kasik tiket untuk parking . parking ni dikira Rm1 per head..(kanak2 tak diambil kira). kalau korang kete cermin gelap tuh, pandai2 ler nyorok, mesti pakcik tu tak nampak (hahhah...niatku tuh..tapi tak buat jer..tak baik tau!! uiks baikler plak tuan tanah kedaung nih...)

ok, nanti sampai sana kalau korang yang datang ramai2 macam kiteorang ni carik ler port2 yang baik punyerr....kat sana ada ler beberapa tempat (pondok) yang boleh dipilih tapi tak banyak ler..kiteorang nasib baik dapat pondok besar (sebenarnya pondok tu untuk kedai). so kalau nak datang, datang ler pagi2 untuk dapat port yang baik..pesanan penaja....

ok, (berapa banyak ok daa..) kemudahan disediakan kat sana ada surau, tandas, erm gerai jual2 jajan. tu jelah rasanyer, ops pakcik jual aiskrim 'kleng'..'kleng' tak de yer (khas untuk anak daraku aiskrim takde yer kat sini). ok untuk seterusnya enjoy d picasssss...

semestinyer gambar en. suami dan anak2.ops aliya seksinyer..auwww..

gambar tuan tanah kedaung ler plak.

Kak Kham dan anak-anak. "Kak Kham, sila beli banglo mula2 masuk ke Sungai Gabai yer! bagi memenuhi kepuasan anak-anak bermain sungai..*wink..wink*"

Nazim and family. Amir kureng sihat, tapi sporting oooo... tak meragam..

Abang Din dan keluarga. ekceli ada lagik anak2 tapi semua of cos dalam sungai so d picas enggak ado..

kapel yang menghitung hari untuk melayari bahtera perkahwinan..(huh..ayat kalah cikgu sastera..)

cempedak mude yang sedang ranum..(hehehe.. riki kalo baca blog kak lina jangan mare yer..guro2 jer...) - beberapa hari sebelum meninggalkan bumi PMC. sob..sob..sob.. sedih ni tau..sapa ler pengganti nak pergi beli goreng pisang..

our GM bersama hero-heronya..sporting kan GM kiteorang..

anak-anak dara IT dept.

hati-hati, nanti kiteorang call JAIS..kuikuikui...

tengah termenung apo tu abang yan? ala lupekan jelah kejap coding-moding tuh. buat2 ler tak ingat GP system ker mix system ker apa2 system jelah. ingat gabai system jer...ngehngehngeh...

ketua kampung Sungai Gabai.

amboi...syoknyer mamam...

mengikut putaran jam. yang bertudung tuh (siti hajar), event manager kiteorang, isteri kepada mr confident yang merangkap mr hygiene, arni setiausaha yang memang sangat berusaha untuk menjayakan this trip, adik event manager (diimport dari Uitm), dan partner miss Arni (diimport dari SPRM). bila dah sampai Sg. Gabai secara automatiknyer semua dilantik sebagai AJK2 dapur tidak kira anda s/u hatta event manager pun..hahhahha

mak-mak yang sibuk melayan anak-anak makan selepas kepenatan berjimba2 di dalam sungai.